Kata Mutiara

Kenali dan Contohi Rasulullah SAW

Akhlak Rasulullah SAW
Aisyah r.a menyatakan : Rasulullah SAW bukanlah orang yg bercakap keji dan baginda tidak pernah melakukan kekejian. Baginda tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Baginda tidak pernah membalas keburukan dgn keburukan, tetapi baginda sentiasa memaafkan dan bersikap berlapang dada.
(Hadis Riwayat at-Tarmidzi)

Aisyah r.a menyatakan : Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dgn tangan baginda sekali-kali, kecuali baginda berjuang di jalan Allah. Baginda tidak pernah memukul seorang pembantu atau orang perempuan.
(Hadis Riwayat at-Tarmidzi)

Aisyah r.a menyatakan : Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW berusaha utk membalas kezaliman yg baginda terima, selama hal itu tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah dilanggar, maka bagindalah yg paling lantang mengungkapkan kemarahan. Jika baginda dihadapkan kpd dua pilihan maka baginda memilih yg paling mudah selama (hal yg lebih mudah itu) tidak menyebabkan dosa.
(Hadis Riwayat at-Tarmidzi)

Jabir bin 'Abdullah r.a menyatakan : Tidak pernah ada permintaan yg ditujukan kpd Rasulullah SAW yg baginda jawab : Tidak.
(Hadis Riwayat at-Tarmidzi)

Umar bin Khattab r.a menyatakan : Seseorang datang menemui Rasulullah SAW, meminta agar baginda memberinya sesuatu. Nabi SAW berkata : aku tidak memiliki apa-apa. Namun belilah barang itu atas namaku (dgn berhutang). Jika aku mendapat sesuatu aku akan membayarnya. Mendengar hal itu, Umar berkata : wahai Rasulullah SAW engkau telah memberinya. Allah tidak mewajibkan ke atas kamu sesuatu yg kamu tidak mampu melakukannya. Rasulullah kelihatan tidak menyukai mendengar ucapan 'Umar itu. Maka seseorang drpd golongan Ansar berkata : Wahai Rasulullah SAW, berbelanjalah dan jgn engkau khuatir Allah pemilik Arsy akan mengurangi hartamu. Rasulullah SAW pun tersenyum mendengar hal itu. Baginda kelihatan meyukai kata-kata org Ansar tadi. Baginda berkata : Seperti itulah aku diperintahkan.
(Hadis Riwayat at-Tarmidzi)

Aisyah r.a menyatakan : Rasulullah SAW menerima hadiah dan membalas pemberian itu. (dgn hadiah yg setara atau yg lebih berharga)
(Hadis Riwayat at-Tarmidzi)

Selawat dan salam kpd Rasulullah SAW..


 

12 SIFAT SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA

oleh Mahfuz Al-Hafiz pada pada 3hb Mac 2011 pukul 7.40 pagi
Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?


Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.


Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?


Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)


“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)


Janji Yang Pasti


Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.
Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)


“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia


Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.




Mengelakkan Bala


Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)




“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.


Ditambah Kekuatan


Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)


 “(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).


Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.


Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.


Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).


Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Kerenah Dan Telatah Seorang Anak Terhadap Kedua IbuBapanya

oleh Akhi Sazry pada pada 25hb Disember 2011 pukul 2.14 ptg
Bila mak kata dia teringat,kita jawab kita sibuk sangat.Bila ayah kata dia rindu,kita jawab nantilah hujung minggu.Bila mak minta kita pulang,kita jawab kita belum lapang.Bila ayah minta kita singgah,kita jawab kerja kita belum selesai.Bila hati kita terguris kita kata,"Mak memang tak pernah faham"Bila hati kita terhiris kita kata,"Ayah memang tak ambil kisah".


TETAPI...


Bila hati mak kita terguris mak kata,"Tak apa,dia masih muda".Bila hati ayah kita terhiris ayah kata,"Tak mengapa,belum sampai akalnya".Bila kita menangis tanda lapar,mak berlari hingga bagai hilang kaki.Bila kita merintih tanda derita,ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.Bila kita sedih kerana gagal,mak setia membekalkan cekal.Bila kita pilu kerana kecewa,ayah teguh berkata dia tetap bangga.


#Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia.Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya.Maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka.Bagi meraka yang sudah ketiadaan kedua ibubapanya,usah ditangisi dengan air mata.Perbanyakkan berdoa untuk mereka kerana mereka sentiasa menunggu doa dari anak-anaknya yang soleh dan solehah...Al-Fatihah....

MONOLOG DARI RAHIM

oleh Zunaina Razali Dzrd pada pada 19hb Disember 2011 pukul 4.11 ptg

WAHAI , MANUSIA YG SUDI MDENGAR! 
THUKH ENGKAU BGAIMANA RASANYA...... 
DKNDUNG OLH SEORG IBU YG 
   MBNCI KNDUNGANNYA...
APKH RASANY BNYAWA DDLM RAHIM PRMPUAN 
  YG SDG BKIRA-KIRA UTK MBUNUH ANKNYA?? 
APKH RSANY TBNTUK DRP DOSA PZINAAN YG JELIK ??
APKH RSANY MJD BAYI YG DNAFIKN HAK KTRUNANNY?? 
AKU TLH DKEJI SJK DDLM KNDGAN..
AKU TLH DHINA SJK MNSIA MGTHUI KWUJUDANKU... 

HNYA ALLAH YG MAHA THU BTAPA TKUTNY AKU UTK LHIR K BUMI... 
   AKN ADKH MNSIA YG MNYAYGIKU?
AKN ADKH INSAN YG MLINDIGI AKU?
   AKN ADKH ORG YG MGAZANKN&MGIQAMATKN AKU?? 
AKU TDK BSLH...SLHKH AKU UTK MDRG SERUAN 
   AGUNG DRPD AZAN&IQAMAT?? 

AKU AKN TTAP LHIR JG...
  TAPI LHIRKU XSAMA SPT KWN2 KU YG LAIN.... 
MREKA DSMBUT...SDGKN AKU AMT TKUT.
  MREKA DHIAS PKAIAN BRU YG COMEL....SDGKN AKU 
DBNGKUS DGN PLSTIK HITAM...
MREKA TDUR DATS TILAM YG EMPUK YG WANGI.. 
SDGKN AKU BKAL DHUMBAN K DLM TNDAS YG BSUK...
  MEREKA DTGGU DGN NAMA YG BAIK-BAIK....
SDGKN NAMAKU~~ HNYALH SUMPAH SERANAH... 

~~TOLONG....TOLONG...TOLONG.. 

MNAKH PMBELAKU?? MNKH PLINDUNGKU?? 
 KMNAKH PLARIANKU?? 
TOLONGLH MNSIA...AD BINATANG MGIGITKU,
    AD ANJING MROBEK KULIT & DAGINGKU!! 
TOLOINGLH MNUSIA....AKU KELEMASAN 
  DLM RUANG YG GELAP INI.. 
AKU AMT SEJUK!! AKU LAPAR!! AKU TAKUT!! 
  AKU KESEORANGAN... MMG BGINIKH DUNIA?? 

WAHAI, ALLAH!! AMBILLH AKU KEMBALI... 
  BIARKAN AKU PLG KHADRAT-MU~~~ 
AKU XSGGUP TGGL DSINI....
  MENANGGUNG DOSA PEREMPUAN YG XSEKALI-KALI 
KU PANGGIL IBU....
    MENANGGUNG DOSA LELAKI YG KU HRMKN LIDAHKU 
MEMANGGILNYA AYAH... 
    AKU INGIN PULANG YA ALLAH.... KASIHANILH AKU... 
WAHAI YG MAHA MENGASIHANI... 

KPD YG SUDI MDGR...
KUTITIP KLATA-KATA INI~~ 
  SBLM ALAM YG MYEKSAKN INI KU TGGLKN.. 
JDIKNLH DIRI KALIAN SBG PEMBELA&PELINDUNG 
PNYELAMAT&RAHMAT KPD SEMUA LPISAN UMT INI.... 
JGNLH MBIARKAN RAMAI LG SNSIB DGN KU.... 
IA TLALU PERIT&SUKAR UTK DTANGGUNG OLH INSAN SELEMAH 
      AKU.....~~~
IA TLALU PAHITT&BERAT UTK DPIKUL OLH BAYI KERDIL SPTKU

~~~TEGAKKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR....

                                                                                                                                  Nukilan rasa: norhafizah musa
                                                                                                                         (DIPETIK drp buku; DARI LUBUK HATI IBU)



ALAFADZIL ARIFIN.