Thursday, January 26, 2012

SEJARAH RINGKAS ISLAM SEMASA ZAMAN POL POT

Oleh : Cik Noor Hafizah Abd Rahim.


Seperti yang sedia maklum, sejak kurun-kurun yang lepas lagi, umat Islam mempunyai kebebasan yang cukup untuk beribadah dan melaksanakan suruhan Allah. Namun ketika pol pot mula menyerang kemboja, segala kepercayaan dan tradisi umat Islam telah dimusnahkan sama sekali. Ramai umat Islam kemboaj turut didera dan dibunuh. Walaupun begitu kaum Melayu Champa yang beragama Islam masih tetap mencintai agama Islam dengan sepenuh jiwa dan raga walaupun teruk diseksa.

Kekejaman pol pot tidak terbatas setakat itu sahaja. Setiap orang yang menganut agama Islam yang tinggal di kampung-kampung di seluruh kemboja telah dihalau dari kampung. Mereka diarahkan ke hutan atau ke perkampungan orang bukan Islam. Mereka juga turut dilarang berhubung di antara satu sama lain.

Semua masjid, surau dan sekolah agama telah diruntuh serta dimusnahkan.Al-Quran dan buku agama semua dibakar.
turut dimusnahkan bersama-sama ialah rumah-rumah orang Islam. Harta benda orang Islam seperti tanah, lembu, kerbau dan sebagainya dirampas.

Semasa zaman Pol Pot itu juga umat Islam dipaksa bekerja kuat di bawah perintah dan arahan Pol Pot. Setiap yang ingkar akan dibunuh. Mereka dipaksa makan makanan yang haram sebagai upah atas pekerjaan yang telah dilakukan.

Umat Islam juga dipaksa berkahwin dengan penduduk khmer (orang kafir) dan dilarang berkahwin dengan mengikut cara Islam. Begitu juga dengan pengurusan jenazah dilarang sama sekali mengikut cara pengurusan jenazah Islam.

Secara purata , Rejim Pol Pot atau khmerouge ini berjaya menjajah kemboja selama 3tahun, 8bulan 20hari iaitu dari 17 April 1975 sehingga 7Januari 1979.
Dalam masa itu ramai umat Islam yang terbunuh. Syiar Islam leyap di bumi Kemboja, tetapi yang tinggal hanya ialah keimanan di dalam hati setiap umatnya.Ramai umat Islam kemboja butahuruf, imam masjid sehingga setengah guru agama pun tidak pandai menulis.

Wednesday, January 25, 2012

INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK DI KEMBOJA

INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK DI KEMBOJA SEBELUM REJIM POL POT


Kemboja merupakan tanah jajahan Perancis sejak tahun 1863. Sebelum ini Kemboja menjadi medan pertarungan antara dua kuasa besar serantau iaitu Siam dan Vietnam. Perebutan kuasa istana yang didokong oleh kedua-dua kuasa besar ini silih berganti dan tidak wujud kuasa pentadbiran yang kuat untuk mentadbir seluruh Negara .Dalam keadaan beginilah umat islam menyusun kehidupan mereka selepas berhijrah dari Champa. Umat Islam menyusun kehidupan mereka di tabing timur Sungai Mekong seperti di Chumniek. Phom Tria. Speu dan beberapa tempat yang lain lagi. Tradisi Ilmu mula disusun.


i. INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK DI CHUMNIEK
Pengajian pondok di Chumniek dihidupkan oleh Tuan-tuan guru berikut :

1.                  Haji Muslim Bin Ong Mau.

Pengajian pondok di Chumniek oleh Haji Muslim Bin Ong Mau pada tahun 1880 an. Tradisi Ilmu sebelum tarikh ini di Chumniek tidak kita ketahui kerana tiada catatan yang diperolehi. Haji muslim telah berulang-alik ke Makah untuk belajar agama di sana. Beliau meneruskan aliran pengajian ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie. Mengikut cerita beliau belajar di Makah dengan tuan-tuan guru yang berbangsa Arab dan Melayu. Berikut ialah senarai guru yang mengajar di Pondok Chumniek:

2.                  Haji Abdul Malik Bin Haji Shamsuddin.
Beliau belajar di Makah selama 20 tahun.

3.                  Haji Abdulmalik Bin Ong Brom.
Beliau belajar di Makah selama 20 tahun.

4.                  Haji Husin Bin Ong Gat.
Beliau belajar di Makah selama 11 tahun.

5.                  Haji Kechik Saghir Bin Imam Musa.
Beliau belajar dengan Haji Salleh bin Haji Harun di Kampong Phum Tria, Kemboja

6.                  Ustaz Yunus Bin Haji Qassim.
Beliau belajar di Kelantan selama 15 tahun.

Berikut ialah Tuan-tuan Guru terkenal yang dibunuh di Chumniek semasa pemerintahan Rejim Komunis Pol Pot tahun 1974-1979 :
1.      Haji Kechik Saghir Bin Imam Musa.
2.      Ustaz Yusuf Bin Haji Kosem.
3.      Ustaz Muahamad Daud Bin Husin.
4.      Ustaz ahmad Bin Ayub.
5.      Ustaz Yusuf Bin Ahmad.
6.      Ustaz Harun Bin Ayub
7.      Ustaz Ismail Bin Ibrahim.
8.      Ustaz Taib Bin Ahmad.


ii. INSTITUSI  PENGAJIAN PONDOK DI PHUM TRIA 
           
            Mengikut catatan Institusi pondok di pelopori oleh Tuan-tuanberikut :
1.      Wan Ahmad Bin Wan Mohamad Zain.
2.      Haji muhamad Bin Haji Mahmud .
3.      Haji Osman Bin Omar.
4.      Haji harun Bin Haji Husin.
5.      Haji Muhamad Salleh Bin Haji Harun.
6.      Ustaz Yaakob Bin Yusuf.
7.      Ustaz Sulaiman Bin Yusuf.

iii. INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK DI SPEU
            Pengajian pondok di Speu dipelopori oleh Tuan-tuan Guru berikut :
1.      Haji Abas Patani.
2.      Haji Ali Bin Haji Abas.


INSTITUSI PENGAJIAN PONDOK SELEPAS JATUHAN REJIM KOMUNIS POL POT
            Kejatuhan Rejim Komonis Pol Pot membuka ruang pada Umat Islam untuk kembali hidup beragama. Anak-anak murid kepada tuan-tuan guru yang syahid mula mengajar agama dengan bersungguh-sungguh dan pondok-pondok dihidupkan kembali.
Terdapat pusat pengajian yang dianggap hidup subur. Pondok-pondok itu ialah seperti berikut :

Tempat                           Guru

1.      Steng                   A:  Okhna Haji Kamruddin Yusuf
                                 B: Haji Binyamin.

2.      Khroch Mar         Haji Zakarrya Adam

3.      Khrachih              Haji Yusuf Said.


4.      Phnom Penh        Haji Arshad Bin Haji Yusuf/
                                 Haji Hassan Bin Harun.

Sunday, January 22, 2012

Permohonan keahlian M.T.A.C

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Menjadi Ahli yang boleh didapati dari  Pejabat M.T.A.C atau daripada Setiausaha M.T.A.C sendiri
Kemudian kemukakan kepada Setiausaha  M.T.A.C. Pastikan anda mencukupi syarat semasa permohonan dibuat.

PENDIDIKAN DI SMU AN-NI’MAH AL-ISLAMIYAH


LATAR BELAKANG

Memandangkan semua Sekolah Agama dibeberapa buah daerah di Kemboja belum dapat berjalankan dengan sempurna baik dari segi pengajaran mahupun sukatan pelajaran , maka pada tahun 1996 Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja dapat menubuhkan sebuah ahli jawatan kuasa untuk mencari derma bagi membina sebuah Sekolah Menangah Agama di Phnom Penh ibu kota Kemboja.
Alhamdulillah, setelah mendapat sumbangan dari penderma-penderma tempatan dan juga penderma-penderma di luar negara khususnya di Malaysia, Sekolah tersebut dapat di dirikan di sebuah tapak tanah  seluas setengah hektar di kawasan  Cherang Chamreh 1 Phnom Penh Kemboja, yang di namakan  ‘SMU AN-NI’MAH AL-ISLAMIYAH  A-THANAWYAH’ .
SMU AN-NI’MAH telah selasai di bina dan  di daftarkan dengan Majlis Tertinggi Pimpinan Umat islam Kemboja pada tahun 1997, dan berdaftar di bawah Kementerian Agama Kemboja pada tahun 1999. Dana untu pengurusan Madrasah ini adalah bergantung kepada sumbangan Umat Islam Kemboja khususnya dan Umat Islam seluruh dunia umumnya.

Sehingga kini pelajar Madrasah An-Ni'mah kebanyakannya dapat menyambung pengajian mereka di luar negara terutamanya di Malaysia , Mesir dan lain-lain negara. lebih dari itu lagi sebahgian mereka dapat menamatkan pengajian mereka dan balik ke tanah air dapat berkhidmat sebagai Guru Agama di Madrasah tersebut dan juga berkhidmat di Majis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja. 

MATLAMAT PENUBUHAN SMU AN-NI’MAH 
  • Menyebarkan Agama Islam melalui pendidikan.
  • Memberi peluang kepada para pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi di Universiti-universiti Islam di Malaysia dan di Timur tengah.
  • Membina generasi muda menjadi umat Islam yang soleh dan solehah.
  • Membina Msyarakat yang berilmu dan beramal. 

PERMULAAN AKTIVITI 


SMU AN-NI’MAH telah beroprasi pada 15/ 02 / 1998 bermula dari kelas peralihan (الصف الأول الإعدادي) dan (الصف الثانى الإعدادي) tingkatan satu.

SUKATAN PELAJARAN 

SMU AN-NI’MAH adalah menggunakan sukatan pelajaran Yayasan Islam Kelantan.

JUMLAH PELAJAR


Jumlah pelajar pada peringkat awal adalah 60 orang dan sampai sekarang meningkat kepada 219 orang terdiri dari  105 lelaki dan 114 perempuan.

JUMLAH KELAS PENDIDIKKAN 

-     Kelas peralihan    (1 kelas) =  41  orang    ( 21 lelaki + 20 perempuan)
-     Tingkatan satu     (1 kelas)  =  40  orang    ( 22 lelaki + 18 perempuan)
-     Tingkatan dua      (1 kelas)  =  45  orang    ( 20 lelaki + 25 perempuan)
-     Tingkatan tiga      (1 kelas)  =  46  orang    ( 27 lelaki + 19 Perempuan)
-     Tingkatan empat  (1 kelas)  =  47  orang    ( 15 lelaki + 32 perempuan)

JUMLAH PARA PENDIDIK PADA MASA KINI

Para guru yang sedang mengajar di SMU AN-NI’MAH Chrang Chamreh 1 ,Phnom Penh adalah sebanyak 10 orang :

  1. Ustaz Irsyad bin Yusof ( Mudir SMU An-Ni’mah ) Lepasan S.K, Kg Thmor Kg Thom , Sekolah Agama Speu, Sekolah Agama Serevial Jonik, Kg Cham Kemboja.
  2. Ustaz Yusof  bin Said : Lepasan S.K Sgama Pas, S.K Agama Phum Tria, Skolah Agama Jomnik,Kg Cham Kemboja.
  3. Ustaz Fauzi bin Yusof : Lepasan S.K Seu, Chamkale, S.K Agama Serevial, Kg Cham Kemboja.
  4. Ustaz Ismail bin Ibrahim : Lepasan Universiti Al-azhar, Mesir.
  5. Ustaz Mansor bin Sabri : Lepasan Universiti Al-azhar ,Mesir.
  6. Ustaz Musa bin Yusof : Lepasan Universiti Al-Azhar , Mesir.
  7. Ustaz Asnawi bin Isa : Lepasan Universiti Al- Azhar ,Mesir.
  8. Ustaz Mohd Qasim : Lepasan Kuliyah Da' wah Islamiyah Libya.
  9. Ustaz Ahmad yahya Arafat : Lepasan Kuliyah Da' wah Islamiyah Libya.
  10. Ustaz Saleh bin Musa : Lepasan Al-Azhar , Mesir.


  1. CAWANGAN MADRASAH  AN-NIKMAH AL-ISLAMIYAH SELURUH KEMBOJA TAHUN 2013

1-      MADRASAH DUBAI AL-ISLAMIAH PHNOM PENH

-Jumlah pelajar di Madrasah  Dubai Al-Islamiah phnom penh km9 , seramai 385 orang  terdiri daripada 162 lelaki dan 223 perempuan.

JUMLAH KELAS :

1.    Derjah     1( 2 kelas )   = 125 orang   ( 46  lelaki + 79 perempuan)
-    Kelas pertama             = 60   orang    ( 22  lelaki + 38 perempuan)
-    Kelas dua                    = 65   orang    ( 24  lelaki + 41 perempuan)
2.    Derjah 2 (2 kelas)        = 125 orang   ( 64  lelaki  + 61 perempuan )
-    Kelas pertama             =  65  orang    ( 35  lelaki + 30 perempuan)
-    Kelas dua                    =  60  orang    ( 29  lelaki + 31 perempuan )
3.  Derjah 3 (1 kelas )       =  56  orang    ( 22  lelaki  + 34 perempuan )
4.  Derjah 4 ( 1 kelas )      =  40  orang     ( 20 lelaki  + 20 perempuan )
5.  Derjah 5 ( 1 kelas )      =  25  orang     ( 15 lelaki  + 10 perempuan )
6.  Derjah 6 ( 1 kelas )      = 14  orang      ( 5   lelaki  + 9   perempuan )

KEMUDAHAN ASAS :

-       Sebuah Masjid.
-       Sebuah sekolah.

Para guru yang sedang mengajar di Madrasah An-nikmah Kampong Poti en adalah seramai 13 orang.

A.USTAZ MUHAMMAD DAUD BIN QASIM (MUDIR)
B. USTAZ YAHYA BIN YUSOF ( NAIB)
C. USTAZ MUHAMMAD BIN YUSOF
D. USTAZ TAIB BIN MUHAMMAD NUR
E. USTAZ AHMAD BIN ABUTALIB
F. USTAZ ALI BIN YUSOF
G. USTAZ MADSOR BIN SALEH.
K. USTAZ NOFAL BIN ISA.
L. USTAZ  TIRMIZI YAHYA.
M. USTAZAH MARIAH BINTI YUSOF.
N. USTAZAH MARIAH BINTI ALI.
O. USTAZAH HASANAH BINTI ABDULKARIM.


2-      MADRASAH  AN-NIKMAH POTI EN ( KG CHAM)

-Jumlah pelajar di Madrasah  An-Nikmah Poti en ,Daerah ponyia krek,Wilayah Kg.Cham seramai 340 orang  terdiri daripada 180 lelaki dan 160 perempuan.

JUMLAH KELAS :

3.       Peralihan     ( 1kelas )  = 110 orang  ( 60 lelaki +50 perempuan)
4.       Tingkatan 1 ( 1kelas )  = 128 orang  ( 53 lelaki  +75perempuan)
5.       Tingkatan 2 ( 1kelas)   = 55 orang    ( 32 lelaki  +23perempuan)
6.       Tingkatan 3 (1kelas)    = 35 orang    ( 27 lelaki  +  8perempuan)
7.       Tingkatan 4 ( 1kelas)   = 12orang     ( 8 lelaki    +  4perempuan)

KEMUDAHAN ASAS :

-       Sebuah Masjid.
-       Sebuah sekolah.
-       Sebuah asrama.

Para guru yang sedang mengajar di Madrasah An-nikmah Kampong Poti en adalah seramai 5 orang.

A.      USTAZ YUSOF BIN MAHMOD ( MUDIR)
B.      USTAZ DAUD BIN SALEH
C.      USTAZ ISA BIN ISMAIL
D.      USTAZ SYUKRI BIN ALI
E.       USTAZ ALI BIN MOHD ZEN


3-      MADRASAH  AN-NIKMAH JUMNIK ( WILAYAH KG CHAM)

-Jumlah pelajar di Madrasah An-nikmah  Jumnik,Daerah Jumnik,Wilayah  Kg.Cham, adalah seramai 113 orang  terdiri daripada 67 lelaki dan 46 perempuan.

JUMLAH KELAS :

1.       Peralihan  ( 1kelas)   = 12 orang  ( 8 lelaki  + 4 perempuan)
2.       Derjah 1    ( 1kelas )  = 29 orang ( 18 lelaki +11perempuan)
3.       Derjah 2    ( 1kelas)   =28 orang   ( 18 lelaki +10perempuan)
4.       Derjah 3    (1kelas)    =34 orang   ( 20 lelaki +14 perempuan)
5.       Derjah 4    ( 1kelas )  = 10 orang  ( 3 lelaki   +10perempuan )


KEMUDAHAN ASAS :

-Sebuah sekolah.
-Masjid.
-Dua buah asrama ( lelaki )
-Sebuah perpustakaan.

Para guru yang sedang mengajar di Madrasah  An-nikmah Jumnik, Daerah Jumnik,Wilayah  Kg.Cham adalah seramai 4 orang.

A.      USTAZ KAMEL BIN MUAZ ( MUDIR)
B.      USTAZ TAIB BIN TAHIR
C.      USTAZ MUSA BIN AHMAD
D.      USTAZ ABDUQADIR BIN ZAHRI


4-      MADRASAH  AN-NIKMAH PHUM RAKA ( WILAYAH KG CHAM)

-Jumlah pelajar di Madrasah An-nikmah Phum roka,Daerah Kampong Cham, Wilayah Kg.Cham seramai 301 orang terdiri daripada 138 lelaki dan163 perempuan.

JUMLAH KELAS :


1.       Tingkatan 1 ( 1kelas) = 107 orang  ( 50 lelaki + 57 perempuan)
2.       Tingkatan 2 (1kelas)  = 111 orang  ( 50lelaki  + 61 perempuan)
3.       Tingkatan 3 ( 1kelas) = 83o rang    ( 38lelaki  + 45 perempuan)

KEMUDAHAN ASAS

-Sebuah adrasah
-Masjid

Para guru yang sedang mengajar di Madrasah An-nikmah Phum roka,Daerah Kampong Cham, Wilayah Kg.Cham adalah seramai 4 orang.

a.       USTAZ ISMAIL BIN HUSEN ( MUDIR)
b.      USTAZ ZAKARIA BIN MOHD ZEN
c.       USTAZAH HAFSAH BINTI ISMAIL
d.      USTAZAH ZAHRAH BINTI WANNAT


5-      SMU AN-NIKMAH PHUM SPIEU ( WILAYAH KG. CHAM)
-Jumlah pelajar di Madrasah An-Nikmah Phum Spieu ,Daerah Camka lue, Wilayah Kg.Cham seramai 50 orang terdiri daripada 25 lelaki dan 25 perempuan.

JUMLAH KELAS :

1.       Tingkatan 1 ( 1kelas ) = 50 orang ( 25 lelaki+25perempuan)

• KEMUDAHAN ASAS

-Sekolah
-Masjid

Guru sedang mengajar di sekolah An-nikmah Phum sepieu , Daerah Camka lue ,Wilayah Kg.Cham adalah seorang.
a.USTAZ ILIAS BIN OSMAN.


6-      MADRASAH ALF BEK ANLONG ( KG CHAM)

-Jumlah pelajar di Madrasah Alf bek anlong , Wilayah Kg.Cham seramai 149 orang terdiri daripada 60 lelaki dan 89 perempuan .

JUMLAH KELAS :

1. Derjah 1 ( 1kelas )  = 44 orang ( 21 lelaki +23 perempuan)
2.Derjah  2 ( 1kelas)   = 50 orang ( 21 lelaki + 29 perempuan)
3. Derjah 3 ( 1 kelas ) = 55 orang ( 18 lelaki + 37 perempuan)

• KEMUDAHAN ASAS

-Sekolah
-Masjid

Para guru yang sedang mengajar di Madrasah Alf bek anlong , Wilayah Kg.Cham seramai 3 orang.

A.USTAZ MAHIR BIN HARUN.
B. USTAZ MUKHTAR BIN OSMAN.
C. USTAZ AHMAD ABU TALIB.

7-      MADRASAH MUHAMMADI BENG PRUOL (WILAYAH  KG CHAM)

-Jumlah pelajar di Muhammadi beng pruol  Beng prol,Daerah Tbongkhmum,  Wilayah Kg.Cham seramai  87 orang  terdiri daripada 50 lelaki dan 37 perempuan.
JUMLAH KELAS :

1.       Tingkatan 1 ( 1kelas ) = 19 orang ( 10 lelaki + 9 perempuan)
2.       Tingkatan 2 ( 1kelas)  = 21 orang ( 13 lelaki + 8 perempuan)
3.       Tingkatan 3 (1kelas)  = 16  orang ( 10 lelaki + 6 perempuan)
4.       Tingkatan 4 ( 1kelas) = 31 orang  ( 17 lelaki  +14 perempuan)

KEMUDAHAN ASAS

-Sekolah.
-Dua asrama (lelaki)
-Masjid.

Para guru sedang mengajar di sekolah Muhammadi beng prol , Daerah Tbongkhmum ,Wilayah Kg.Cham seramai 6 orang.

     A.      USTAZ ISMAIL BIN SALEH ( MUDIR)
     B.      USTAZ YUSUF BIN SULAIMAN.
     C.      USTAZ SALEH BIN ABDULQADIR.
     D.      USTAZ ASARI BIN AHMAD.
     E.       USTAZ ABDULLAH BIN UMAR.
     F.    USTAZ ALI BIN SULAIMAN.

8-      MADRASAH AN-NIKMAH ROKA POPRAM ( WILAYAH KG CHAM)

-Jumlahpelajar di Madrasah An-nikmah Roka popram,Daerah Tbongkhmum, Wilayah  Kg.Cham seramai  417 orang terdiri daripada 220 lelaki dan 197 perempuan.

JUMLAH KELAS :

1.  Tadika ( 3kelas )      = 146 orang  ( 84 lelaki  + 45perempuan)
-    Kelaspertama         = 45orang     ( 19 lelaki  + 30perempuan)
-    Kelas dua               = 50 orang    ( 24 lelaki  + 26perempuan)
-    Kelas tiga               = 51 orang    ( 27 lelaki  + 24perempuan )
2.    Derjah 1  ( 4kelas) = 237 orang   ( 123 lelaki +59perempuan)
-    Kelas pertama       = 106 orang    ( 48 lelaki  +58perempuan )
-    Kelas dua               = 58 orang     ( 36 lelaki  +22perempuan)
-    Kelas tiga               = 45 orang     ( 26 lelaki  + 19perempuan)
-   Kelas empat           = 28 orang      ( 13 lelaki  +15perempuan )
3.   Derjah (2kelas)      = 34orang       ( 13 lelaki  +13perempuan)
-   Kelas pertama        = 22 orang      ( 8 lelaki   +14 perempuan )
-   Kelas dua               = 12 orang      ( 6 lelaki    +6perempuan)

KEMUDAHAN ASAS

-dua buah Sekolah
-Masjid

Para guru mengajar di Madrasah An-nikmah Roka popram,Daerah Tbongkhmum, Wilayah kg.Cham adalah seramai 9 orang.
  A.      USTAZ RAMASA BIN SULAIMAN( MUDIR)  
  B.      USTAZ ZUBIR BIN QASIM.
  C.      USTAZ ASARI BIN YAKOB.
  D.      USTAZ FADIL BIN ABDURASYID.
  E.       USTAZ  RABI BIN HUSIN.
  F.       USTAZ AHMAD BIN ABDUHAMID.
  G.      USTAZAH BISABRI BINTI ABDUKAIUM.
  H.       USTAZAH FARMI BINTI AMIN.
   I.      USTAZAH AMINAH BINTI ISA.


9-      MADRASAH AL-HIDAYAH AL-ISLAMIAH PONGRO ( WILAYAH KRATIE)

-Jumlahpelajar di Madrasah Al-hidayah ali-islamiyah , Kampong Pongro,Daerah Chlong, Wilayah Kratie seramai  498 orang terdiri daripada 106 lelaki dan 392 perempuan.

JUMLAH KELAS :

1.  Tadika  ( 3kelas )    = 220 orang ( 105 lelaki + 115perempuan)
-    kelas pertama       = 68 orang    ( 35 lelaki   + 33 perempuan )
-    kelas dua               = 62 orang    ( 30 lelaki   + 32 perempuan )
-    kelas tiga               = 90 orang    ( 40 lelaki   + 50 perempuan )
2.    Derjah 1( 1kelas)   = 74 orang    ( 35 lelaki   + 39perempuan)
3.    Derjah2 (1kelas)    = 96 orang    ( 38lelaki    + 58 perempuan)
4.    Derjah 3 ( 1kelas ) = 68 orang    ( 19 lelaki   + 49 perempuan )
5.    Derjah 4 ( 1kelas ) = 40 orang    ( 9 lelaki    + 31 perempuan )

• KEMUDAHAN ASAS

-Sekolah
-Masjid

Para guru sedang mengajar di Madrasah  Al-hidayah ali-islamiyah , Kampong Pongro,Daerah Chlong,  Wilayah Kratie adalah seramai 7 orang.

A.             USTAZ  ULWI BIN ADAM ( MUDIR)
B.             USTAZ MANSUR BIN ABDURAHMAN.
C.             YUSOF BIN MOHAMMAD
D.             USTAZAH KHALID BIN ZAKARIA
E.              USTAZAH SARAH BINTI IBRAHIM
F.              USTAZAH FATIMAH BINTI ALI
G.            NAFISAH BINTI ZAHRI


10-   MADRASAH AN-NIKMAH CROI METREY ( WILAYAH KANDAL )

Jumlahpelajar di Madrasah An-nikmah Croi Metrey ,Daerah Mok kampul, Wilayah Kandal  adalah seramai 313 orang  terdiridaripada 187 lelaki dan 126 perempuan.

JUMLAH KELAS :

1.   Derjah 1 ( 2kelas )  = 197 orang  ( 127 lelaki  + 70 perempuan)
-   Kelas pertama         = 114 orang  ( 79   lelaki  + 35 perempuan )
-   Kelas dua                =  83 orang   ( 48    lelaki + 35 perempuan )
2.  Derjah 2 ( 1kelas)    = 66 orang    ( 40    lelaki + 26 perempuan)
3.  Derjah 3 (1kelas)     = 50 orang    ( 20l   elaki  + 30 perempuan)

KEMUDAHAN ASAS

-Sekolah.
-Masjid.

Para guru yang sedang mengajar di Madrasah An-nikmah Croi Metrey, Daerah Mok kampul, Wilayah kandal adalah seramai  5 orang.

a-      USTAZ ALI BIN ABUBAK ( MUDIR )
b-      USTAZ YAKOB BIN IDRIS
c-       MOHD ALI BIN UMAR
d-      USTAZ AHMAD BIN ALI
e-      USTAZ ABDUL RASYID


11-   MADRASAH AN-NIKMAH T.RANEAM ( WILAYAH KG.CHHNANG )

Jumlahpelajardia Madrasah  An-nikmah T.raneam ,daerah Kampong Tralach, Wilayah Kg.Chhnang  adalah seramai 192 oran g  terdiridaripada 116 lelaki dan 76 perempuan.

JUMLAH KELAS :

1.    Tingkatan 1 ( 1kelas ) = 114 orang  ( 63 lelaki + 51 perempuan)
2.    Tingkatan 2 ( 1kelas)  = 53 orang    ( 36 lelaki + 17perempuan)
3.    Tingkatan 3 (1kelas)   = 25orang     ( 17 lelaki + 8 perempuan)

KEMUDAHAN ASAS

 -Sekolah
 -Asrama
 -Masjid

Para guru sedang mengajar Madrasah  An-nikmah T.raneam , daerah Kampong Tralach,  Wilayah Kg.Chhnang  adalah seramai 8 orang.

a-      USTAZ MUHAMMAD BIN ABUBAKAR ( MUDIR )
b-      USTAZ ABDULLAH BIN ABUTALIB
c-       USTAZ TAIB BIN ISMAIL
d-      USTAZ ISMAIL BIN ADAM
e-      USTAZ ABDUL KADIR BIN ABU TALIB
f-       EN.RASHIDY BIN ISMAIL
g-      USTAZ AMIN BIN YUSUF
h-      USTAZ ASNAWI BIN ISA

12-   MADRASAH AN-NIKMAH KAMPONG KEH ( WILAYAH KAMPOT )

Jumlahpelajar Madrasah An-nikmah Kg.keh Trapeang sangke, Tekchu ,Wilayah Kampot seramai 97orang terdiri daripada 60 lelaki dan 37 perempuan.

JUMLAH KELAS :

1.       Derjah 1 ( 1kelas ) = 17 orang ( 8l   elaki  + 9  perempuan)
2.       Derjah 2 ( 1kelas)  = 20 orang ( 14  lelaki + 6  perempuan)
3.       Derjah 3 (1kelas)   = 37 orang  ( 22 lelaki +15 perempuan)
4.       Derjah 4 ( 1kelas)  = 23 orang  ( 16 lelaki + 7  perempuan)


KEMUDAHAN ASAS
-Sekolah
-Masjid

Para guru yang sedang mengajar di sekolah an-nikmah Kg.keh adalah seramai  5 orang.

A.      USTAZ IBRAHIM BIN SAID ( MUDIR)
B.      USTAZ IBRAHIM BIN AHMAD
C.      USTAZ DAILAMI BIN UMAR
D.      USTAZ YUSOF BIN MAHMOD
E.       USTAZ OSMAN BIN HUSEN


JUMLAH GURU DI MADRASAH AN-NIKMAH PHNOM PENH DAN CAWANGAN-CAWANGAN SELURUH KEMBOJA.

- Jumlah guru yang sedangmengajar di Madrasah An-Nikmah Phnom Penh dan cawangan cawangan seluruh kemboja adalah seramai 80 orang.

- Jumlah pelajar di Madrasah An-Nikmah Phnom Penh dan cawangan-cawangan seluruh kemboja adalah seramai 3,062 orang terdiri daripada 1,429 lelaki dan 1639 perempuan.

Mudah-mudahan dengan segala kebaikan Yayasan Islam Kelantan membantu umat Islam di Kemboja khususnya dalam bidang pendidikan kami yakin bahawa pendidikan Islam di Kemboja akan dapat berjalan dengan sempurna.

PERBELANJAAN UNTUK MADRASAH AN-NIKMAH AL-ISLAMIYAH DAN CAWANGAN-CAWANGAN SELURUH KEMBOJA

NO.
PERKARA
BILANGAN
SEBULAN
SETAHUN
1
Gaji guru
80 orang x USD150
USD 12,000
USD144,000
2
Elektrik & Air
4 asrama
USD150.00
USD1,800
3
sewa Asrama
3 buah
USD 150
USD1,800
4
Lain-nain
12 cawangan
USD1,000
USD12,000
5
Jumlah


USD1596,00



GALERI SMU AN-NI"MAH 


Asrama Puteri
Dapur Asrama Putera

Makmal komputer Madrasah An-n'mah 
Phnom Penh.
Makmal Komputer Madrasah An-Ni'mah 
Phnom Penh
Marasah An-Ni'mah Roka Pram, 
Wilayah Kampong Cham.
 Madrasah An-Ni'mah Al-Islamiyah Phnom Penh

Pelajar Madrasah An-n'mah menduduki 
Peperiksaan SMU tahun 2011
Madrasah An-Ni'mah Al-Islamiyah 
Phnom Penh