Wednesday, March 14, 2012

Pembangunan Umat Islam Kemboja melalui Pendidikan



PEMBANGUNAN UMAT ISLAM KEMBOJA MELALUI PENDIDIKAN

Selepas daripada kejatuhan kerajaan komunis Pol-pot ,maka masyarakat Islam  di Kemboja telah mengalami situasi kemunduran dalam bidang ilmu pengetahuan Islam untuk tempoh yang panjang. Kemiskinan umat islam di Kemboaj ialah menjadi halangan utama untuk mereka bangkit sebagai bangsa berilmu. Kekurangan ini mampu diisi jika umat Islam di luar Kemboja bersikap prihatin dengan semangat bantu membantu atas dasar kebajikan dan taqwa kepada Allah.Kesan peperangan telah menyebabkan proses pendidikan dan pendidikan Islam khususnya telah terabai.Pembunuhan para ulama’ semasa era komunis Pol Pot telah meninggalkan kesan yang amat besar.Kemampuan umat Islam Kemboja untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna amat terbatas lantaran kemiskinan dan ketidakmampuan badan-badan Islam menampung kos pendidikan telah menjadikan keadaan semakin sulit. Kemudahan pendidikan yang terhad telah mengakibatkan sebahagian besar pelajar Muslim menamatkan pengajian seawal usia muda sekali  Sebahagian kecil sahaja dapat peluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi. Memandangkan pendidikan adalah tunjang bagi membangunkan sesebuah masyarakat serta mengeluarkan mereka daripada kemiskinan,maka MTAC memulakan  program  ini  sebagai tanggungjawab membantu saudara seagama di kemboja.

Untuk umat islam Kemboja, tumpuan kita ialah kepada bidang pendidikan supaya membangunkan pemimpin tempatan yang boleh memimpin komuniti. Di Kemboja ada masjid, kita perlukan imam dan guru agama.

Alhamdulillah, masyarakat Islam di Kemboja terima banyak sumbangan al-Quran, jadi mereka perlukan guru-guru untuk mengajar al-Quran kepada umat Islam setempat,kita perlukan umat Islam yang boleh menjadi ketua kampung yang baik. Sebahagian ketua kampung sekarang tidak boleh membaca dan menulis.disebabkan kemusnahan pada zaman Rejim Pol pot orang cerdik pandai guru agama buku-buku agama sekolah masjid dimusnahkan sama sekali  Kalau begitu bagaimanakah mereka hendak memimpin masyarakat?

Kita boleh melahirkan pemimpin dengan mendidik generasi sekarang dan menentukan mereka mempunyai pendidikan. Apabila mereka ada pendidikan, mereka boleh memanfaatkan ilmu untuk membangunkan Masyarakat islam sendiri. Atas sebab itulah kita akan fokus kepada sekolah yang berada di bawah kendalian Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja. Sekolah ini ialah dinamakan Madrasah An-N’mah Al-Islamiyah sukantan daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK)

Gaji guru-guru ini adalah tidak tetap hanya bergantung kepada sumbangan orang kampung. Mereka tidak mendapat peruntukan kerajaan. Ada masa-masa tertentu, gaji guru-guru ini tidak dapat dibayar dan mereka hanya dibayar sewaktu sesi persekolah sahaja, sewaktu cuti tiada gaji, untuk menambah pendapatan, guru-guru ini terpaksa bertani dan melakukan pekerjaan lain, akhirnya, mereka tidak dapat memberikan tumpuan kepada pendidikan sepenuhnya. Sesetengahnya berhenti menjadi guru dan bekerja di tempat lain yang lebih menjamin pendapatan.

Apa yang berlaku menyebabkan pelajaran terjejas, sedangkan sebahagian guru-guru ini adalah mereka yang berkelayakan, ada sebahgian mereka mempunyai ijazah dari al-Azhar atau universiti-universiti lain yang bagus, oleh sebab itu kita akan tumpukan kepada usaha membayar gaji guru-guru ini supaya mereka boleh memberikan fokus kepada pengajaran dan mendidik umat Islam Kemboja.

SASARAN KAMI.

Tumpuan kita sekarang ialah untuk membiayai gaji kesemua guru-guru ini selama satu tahun atau 12 bulan. Gaji seorang ialah sekitar USD200 sebulan. Sasaran kita ialah untuk mendapatkan sumbangan sebanyak USD200/bulan x 20 orang guru x 12 bulan; iaitu USD48,000 setahun.

Kita akan pergi kepada membantu pelajar dan infrastruktur sekolah. Itu fasa kedua; tumpuan kita sekarang ialah mendapatkan gaji guru.

Sumbangan masuk kedalam akaun Cambodian Puplic Bank,atas nama : "MUSLIM TEACHER ASSOCIATION OF CAMBODIA" Bernombor akaun  : 010.02.30.44240.4. atau hubungi AJK kami.

Setelah anda memasukkan sumbangan ke dalam akaun sila hantar maklumat transaksi (seperti jumlah, tarikh, masa dan nombor rujukan – sekiranya ada) kepada email pgicam@gmail.com supaya kita boleh membuat rekod yang betul. Sekiranya anda memerlukan surat pengasahan sila nyatakan dan kita akan uruskan (surat pengasahan akan hanya dikeluarkan atas permintaan).

Sekiranya ada syarikat dan organisasi saya amat berbesar hati sekiranya mereka juga dapat memberikan sedikit sumbangan kepada projek pembangunan umat islam di Kemboja. Sekiranya ada yang ingin berbuat demikian, sila jemput dan kami akan menghantar wakil untuk menerima sumbangan yang berkenaan.
Bagaimanakah untuk mengikuti perkembangan
Kita akan melaksanakan kutipan ini dengan cara yang telus. Insya-Allah jumlah kutipan akan kita umumkan melalui


HARAPAN KAMI.

Saya mengharapkan umat Islam seluruh dunia melihat usaha ini sebagai tanggungjawab kita bersama. Dan, saya juga mengalu-alukan saranan bagaimana kita boleh memantapkan lagi untuk projek pertama ini, kita memberikan tumpuan kepada kutipan kewangan bagi membayar elaun guru. Insya-Allah, tumpuan kita mungkin kepada bidang-bidang yang lain pula.

PENUTUP:
Sekali lagi kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Tuan/Puan semua, semoga Allah swt member ganjaran yang diatas  kerja-kerja yang kita usaha ini di dunia dan di akhirat kelak. Amiin.

Sekian, terima kasih.

Pengarusi Persatuan Guru Muslim Kemboja

Ustaz Mansor bin Sabri