Visi dan Misi

Visi

Menjalankan Perkhidmatan Islam yang berkualiti, beramanah bagi melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Misi

Persatuan Guru Muslim Kemboja sebuah agensi yang membantu kepada pembangunan ummah dan perkembangan Agama islam pada masa akan datang.

Matlamat

1. Sebagai wadah perjuangan guru-guru Muslim Kemboja dalam mengembalikan syiar Islam di Kemboja
2. Platform asas kepada perpaduan dan kesepakatan antara Muslim dii Kemboja
3. Dalam upaya meningkatan kualiti pendidikan khususnya dalam masyarakat Islam Kemboja
4. Melahirkan modal-modal insan dalam pelbagai aspek kehidupan

Objektif

1. Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli.
2. Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain.
3. Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat.
4. Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan.
5. Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan Islam.